Sukar buat jualan dalam Instagram?

Anda sukar buat jualan dalam Instagram?

5 faktor yang patut anda ambil berat jika nak buat jualan di Instagram (IG)

1 : Pemilihan produk
Anda kena tahu, kebanyakkan pengguna IG ni muda remaja. Jadi anggaran umur mereka juga lingkungan bawah 35 tahun. Mungkin bawah 30. Kedudukan kewangan pun ala kadar. Jadi kalau letak produk mahal, atau produk-produk untuk orang berusia memang slow jika di IG. Letak ubat kuat yang baca budak2 nak buat apa weh..

2 : Gambar
Cuba ubah gambar-gambar yang kita post tu. Supaya nampak unik lain dari yang lain. Tak lah asyik gmbr ala2 katalog produk je. Dalam IG, kebanyakkan pengguna suka masuk IG sbb mereka suka tengok gambar2 unik. Bukan nak tgk katalog barang. Jadi, jika gambar produk anda ada kelainan, besar kemungkinan ramai orang suka, ramai orang suka, lagi tinggi potensi orang nak beli. Dalam IG gambar jadi penambat hati mereka.

3 : Ayat jualan.
Sama macam point diatas, dalam IG orang bukan nak tengok katalog barang, jadi cuba lah elakkan terlalu hard selling. Dalam erti kata lain, ayat jangan lah asyik nak menjual je. Sesetengah mereka masuk IG sbb nak lari dari FB yang ramai sangat orang dok menjual tau. Jadi ubah ayat ke arah cuba perkenalkan produk dengan lebih unik.

4 : Penggunaan #‎tags ataupon #hashtag
Tak dinafikan, ada juga yang suka shopping dalam IG ni, dan mereka cari barang berdasarkan #tags. Jadi, anda kena tahu lah apa yang mereka biasa cari, nak tahu bagaimana? letakkan situasi diri anda seperti mereka, jika nak cari produk, apa yang anda cari. Contoh, jika saya nak cari barang bayi, saya akan taip barangbayi, bukan sayajualbarangbayi. Tak ramai yang tahu #‎sayajual‬ tu. #sayajual tu famous di kalangan peniaga je. Lagi satu, tak payah lah letak #tags yang tak berkaitan, buat semak post je weh. Kau jual jersi bola, lepas tu konon-konon kau nak tarik follower Wak Doyok letaklah #‎akuyangpakaikauyangpanas‬. Silap-silap hari bulan orang ingat jersi yang kau jual tu jenis kain panas, terus tak ada orang beli. Dan silap-silap hari bukan, follower mereka block IG kau sebab panas tengok asyik nak menjual je. Jadi, sila fahami situasi bakal pelanggan anda dan juga pengguna IG yang lain.

5 : Followers
Okay, ni paling penting, siapa follower anda tu yang mainkan peranan utama untuk anda lariskan jualan dalam IG. Follower yang ramai tak semesti bagus. Bagus untuk naikkan kepercayaan dam kredibiliti, tapi untuk convert ke jualan belum tentu. Cuba bayangkan follower anda anda 150,000 orang, dan anda jual shawl, tudung, baju kurung, TAPI, follower anda semuanya budak sekolah, lelaki, umur lingkungan 15-18 tahun. Buat apa? Jadi, yang penting adalah TARGETED FOLLOWER.

Hope sedikit sebanyak info yang aku post kan ni bermanfaat bagi korang dan juga aku. So yang mana rasa tak betul dan korang selalu buat, sila ubah. Semoga korang dan aku semakin maju dalam bisnes.. InsyaAllah.. 





Love, 
JAT :)


1 comment: