Tabung GST 6%

Hai!

Beberapa harini, Jat selalu ikuti facebook & blog-blog usahawan yang berjaya.. Suka baca dan follow sebab nak ambil motivasi dan inspirasi dari mereka ni.. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.. Setuju ke setuju?

Dah seminggu lebih kita lalui GST kan? Nak tak nak terpaksa hadapi jugak sebab nak lari kemana kita ni.. Sadis jugak sebab gaji tak la sebanyak mana.. Dah tu nak kena bayar GST..

So macamana dengan SAMBUTAN GST 6%?

Bahagia kah atau derita kah?

1) Dengan mengeluh dan merungut tidak ubah apa apa dalam hidup kita.

2) Jika gaji kita RM2000 sebulan dengan tambahan GST 6% ada tambahan RM120 sebulan.
+ dengan catatan semua perkara naik, hakikatnya tidak.

3)  Kita ada dua pilihan, TAMBAH PENDAPATAN atau KURANGKAN PERBELANJAAN.

4) Tambah Pendapatan dengan jual secara online, buah potong, kek cup, terjemah buku atau mengurut.

5) Kurangkan Perbelanjaan dengan berhenti langgan Maharaja Lawak Mega, baca novel Suamiku Encik  Sotong, sportrim kereta..

Tambah Pendapatan, Kurangkan Perbelanjaan atau merungut di FB sepanjang zaman
Wallahu A'llam

‪#‎LihatMasalahSebagaiPeluang‬



No comments:

Post a Comment