Dari sebuah novel - Pilot Cafe


Dulu masa zaman sekolah, pernah baca novel Pilot Cafe ni.. Tapi dah macam lupa jalan ceritanya.. Almaklumlah 14 tahun yang lalu baca, mana nak ingat sekarang. Hiks! 

Then, ada pulak movie yg bakal di tayangkan pada 30 April ni.. Wah, bestnyaa... Confirm nak p tengok.. 


Di adaptasi daripada novel popular karya Ahadiat Akashah, ia memberitahu realiti kehidupan yang kini sememangnya berlaku dalam kalangan masyarakat serta nasib wanita-wanita yang teraniaya selepas dipergunakan oleh kaum lelaki. 

Sebagai pengarah, Osman telah cuba untuk memberikan gambaran yang terbaik agar penonton boleh memahami mesej yang ingin di sampaikan. Terpulang pada pandangan seseorang itu untuk karyanya.



Sinopsis : Pilot cafe mengisahkan kehidupan juruterbang Ameer Reza yang mempunyai sikap suka berfoya-foya dan kemudiannya insaf setelah dia kehilangan orang tersayang. Ameer membuka sebuah cafe yang diberi nama Pilot Cafe. 

Takdir menemukannya dengan seseorang gadis kampung, Maya dan segalanya bermula sehingga Ameer mula jatuh cinta pada Maya. 





Selamat menonton :)



No comments:

Post a Comment