Jalan-jalan Cari Makan di Kedah : Mee Udang Claypot

Assalamualaikum!

Iols ni jenis suka makan & family pon sama.. Selalunya bila time cuti sekolah baru lah berkesempatan iols nak keluar makan sama-sama..Al maklumlah bila hari biasa kami tinggal 3 orang sahaja, mak, abah & i.. Along di Perak, adik di asrama.. Kebiasaan nya bila pergi mana-mana ja, mesti cari tempat makan mana yang best.. Setuju? 

Actually, kedai makan ni dah lama iols perhatikan dari jauh.. Dari gerai biasa hinggalah jadi kedai besar (restoren).. Dulu di kenali sebagai gerai jual 'pak tong ko' atau kuih cakoi.. Lama-kelamaan tengok gerai semakin upgrade :) Satu petang ni, lepas pergi klinik dengan mak & adik, we ols berhenti di situ dengan niat nak mencuba kan.. So kedai ni sangat mudah untuk di cari.. Lokasi simpang 4 jalan menghala ke Taman Nilam.. Berhadapan dengan driving school dan proton.. Tepi jalan sahaja..

Menu memang banyak. Tapi paling menarik 'Mee Udang Claypot'.. Wow! One of my favourite okey.. I order mee udang claypot, adik order nasi goreng ayam.. Mak? share je sebab mak takut tak habis, membazir bukan? Lagipon sharing is caring. Benda first nak try, so kalau sedap boleh je order lagi.. hiks!

Rasa not bad & seriously sedap! Iols suka, mak pon suka.. Udang memang besar & fresh.. Kali kedua iols p makan dengan family paksu.. Rasa yang sama jugak.. Sedap! Kakngah order Nasi Goreng Udang pon sedap.. So memang berpuas hati..

Ni la dia 'Mee Udang Claypot'.. Harga RM12 sahaja.. Ada 4 ekor udang fresh dan telur sebiji.. 


So kalau uols nak try, di alu-alukan.. Pergi bawa family lagi best.. Tempat parking jangan risau sebab dah di sediakan..Kalau tak makan mee, ada macam-macam menu lagi di sana.. Selamat mencuba :)



No comments:

Post a Comment