Ejekan Dan Keyakinan Diri

Hi.

Kalau awak pernah kena macam ni, baca  lah :)

Pernah tak kena ejek dengan kawan secara berlebihan sampai rasa macam takde keyakinan diri?
Sampai nak jumpa orang pon rasa 'ah, malasnya..' 'ah, malunya...' Sebab asyik teringat apa yang kawan-kawan ejek. Ejek sekadar bergurau takpe tapi kalau ejekan bergurau pon di ulang doploh empat kali, kau rasa ia masih bergurau? (senyum senget) Ejekan yang betubi-tubi adalah satu penghinaan. Macam " eh, kau ni gemuk la, eh kau ni hitam la, pakai apa pon tak cantik kot.." Lepas tu, " eh, gurau je la.." Jangan ambil serius apa yang aku cakap tadi.. Lepas tu asyik ulang benda yang sama and ada je benda yang nak condemmm..hurm..

Pernah je kena dulu sampai kan dah tak nak jadi diri sendiri.. Mungkin dorang anggap benda tu tak serius kot tapi bila almost everyday kena condem, kita tentu lah rasa "tak bestnya jadi diri ini :( " Lalu sorok diri dalam rumah sebab malu nak jumpa orang sebab dah ugly dek penangan ejekan-ejekan tu..

Dulu selalu kena. Kurus kering sangat. Cengkeding. Macam papan berjalan lah. Macam kayu lah. Kerempeng lah. Kening tak lawa lah. Bibir kecik lah. Jerawat banyak lah. Bulu mata macam gajah lah. Ada je yang tak kena. Mula-mula rasa cool je tapi kalau selalu je kena, serap dalam jiwa pulak benda-benda tu. Langsung hilang keyakinan diri dan taknak jumpa orang. Fikir nak buat plastic surgery pon ada.

Tapi......kalau orang badan gempal pon kena ejek jugak kan? Mulut orang memang tak boleh nak tutup dan nampak kekurangan orang je. Tak kira macamana pon bentuk kita, kalau orang yang jenis berperangai suka merendahkan orang lain, dia tidak akan berhenti bercakap. Bukan sahaja dari segi phyisical, pakaian, cara berjalan semua di condemn nya.. So, banyak sebab kenapa kita tak perlu hirau pun ejekan-ejekan begitu.

1) Allah yang cipta kita. Maknanya dia kutuk ciptaan Allah.

2) Bukan dia yang bagi kita makan pon. Mak ayah kita yang bela kita dari kecik.

3) Mungkin dia takde apa yang kita ada. So maybe dia guna cara begitu untuk rendahkan kita.

4) Anggap sahaja dia teringin nak jadi juri atau pengkritik. So dia jadikan kita model untuk di kritik. hewhew

5) Words can't kill us :)


Happy reading and have a nice days :)






1 comment: