Info Tambahan Mengenai Kurma - Tamar Cocoa

Firman Allah s.w.t:

“Lalu dengan (air) itu, Kami tumbuhkan untukmu kebun-kebun kurma dan anggur, di sana kamu memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari (buah-buahan) itu kamu makan.” (Surah Al-Mukminun, ayat 19)
Memakan kurma merupakan satu sunnah Nabi s.a.w. Setiap perbuatan Nabi s.a.w yang diikuti akan mendapat berkat dan ternyata sangat bermanfaat kepada manusia. Kandungannya yang tinggi khasiatnya serta kaya dengan protein atau serat, vitamin A dan C serta zat galian atau mineral seperti  zat besi, kalsium, sodium dan potassium.

·         Protein: 2%
·         Serat: 4%
·         Gula: 50% – 57%

Kulit kurma baik untuk mencegah barah usus besar kerana boleh melawaskan pembuangan air besar. Diriwayatkan dari Aisyah r.a yang menjelaskan kurma mengandungi ubat. Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari dari terkena racun yang dimakan. Dikisahkan sewaktu Maryam melahirkan Nabi Isa a.s di bawah pokok kurma, telah datang malaikat Jibril a.s menyuruh Maryam menggegarkan pohon kurma. Lantas memakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s. Seruan pada umat Islam supaya memakan kurma sebagai menggantikan makanan yang berkolestrol tinggi atau berkarbohidrat tinggi.

Cara pengambilan : Bancuh sepeket Tamar Cocoa(25gm) dgn 250ml air panas. Tambahkan sedikit susu jika suka.

Bagi diri saya, bancuhan sepeket Tamar Cocoa dgn 250ml air panas sudah memadai tanpa pemanis tambahan. Malah minuman ini turut memberi rasa kenyang.




Wakil pengedar di perlukan di seluruh negeri.. Selepas produk MILO di boikot, permintaan Tamar Cocoa melonjak sehingga 200%.. Sebarang tempahan/pertanyaan, sila sms/whatsapp saya di talian 012-4219244 (FIZA)


Pengalaman sendiri minum Tamar Cocoa

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, harini bersamaan 21 Syawal.. Tinggal beberapa hari je lagi Syawal bakal menyusuri pergi..Semoga kita dapat berjumpa lagi Syawal pada tahun hadapan.. Kalau dapat jodoh nama Syawal, kira hari-hari la jumpa Syawal kan..hahaha!

Harini genap 2 minggu saya try Tamar Cocoa..So nak share serba-sedikit pengalaman ye sebab ramai yang tanya..Bukan saya seorang ye tapi keluarga sekali.. Si kecik amzar pon minum jugak..campur sedikit dalam botol dengan susu.. Ye la, nak sama-sama nikmati khasiat kurma.. 

Macamana boleh tahu pasal Tamar Cocoa?

Seriously before ni memang tak pernah tahu langsung pasal produk ni. Tapi sejak produk MILO di boikot, terfikir alternatif lain untuk gantikan MILO.. Terasa macam tak boleh nak go on dengan MILO sebab terbayang nasib saudara kita yang di serang di GAZA terutamanya kanak-kanak dan bayi..Ternampak 1 status kat facebook tentang Tamar Cocoa.. Tanpa buang masa, terus google.. Tak banyak yang tahu.. Then terus cari stokis berdekatan, sehingga jumpa kakak ni.. Namanya Kak Maliah.. Weekend baru pergi rumahnya, berborak lebih details.. Rupanya kak maliah dah jual lebih pada 2 tahun..


Tamar Cocoa keluaran mana? Di mana HQ nya?

Tamar Cocoa 100% keluaran bumiputera iaitu AL-Haddad Marketing.. Dan ia di jamin HALAL.. HQ terletak di Bertam Perdana.. So tak jauh la dari kawasan rumah saya.. 


Di entry seterusnya saya akan share testimoni dari customer yang dah pon minum Tamar Cocoa ni.. Alhamdulillah, semakin hari ramai semakin sukakannya.. 



Breakfast Nasi Lemak & Tamar Cocoa.. MasyaAllah, lazatnya...


Tamar Cocoa terdapat 2 jenis.. 


Pack 900gram (Sama packing macam milo) Selalunya keluarga yang membeli.. 
Cara bancuh : untuk 1 mug letakkan 2 sudu teh besar, masukkan air panas.. Siap!
If rasa kurang manis, nak letak sedikit gula atau susu pon boleh tapi bagi saya ia sudah sesedap rasa ;)



Pack Sachet (terdapat 20 sachet kecil di dalam). Selalunya orang yang bekerja, masih belajar dan mereka yang suka travel/outstation.. Pack yang kecil dan mudah untuk di bawa ke mana sahaja.. 
Cara bancuh : masukkan 1 sachet Tamar Cocoa ke dalam mug, masukkan air panas.. Siap!
If rasa kurang manis, nak letak sedikit gula atau susu pon boleh tapi bagi saya ia sudah sesedap rasa ;)


Wakil pengedar di perlukan di seluruh negeri.. Permintaan Tamar Cocoa melonjak sehingga 200%.. Sebarang tempahan/pertanyaan, sila sms/whatsapp saya di talian 012-4219244 (FIZA)



Apa itu Tamar Cococa?


Apa Itu Tamar Cocoa?

Gabungan gula halus, krimer tanpa tenusu dan estrak Tamar (Kurma) serta serbuk koko yang lazat dan berkhasiat.





Khasiat Kurma Dan Koko

- Kurma dengan Zat besi sangat sesuai bagi orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah). Malah wanita yang mengalami haid yang terlalu banyak setiap bulan juga memerlukan zat besi.

- Kandungan salasilat (sejenis zat yang menyerupai aspirin) dalam kurma boleh bertindak seperti ubat kerana ia mampu mencegah pembekuan darah dan juga bertindak sebagai anti keradangandan menurunkan tekanan darah.

- Kaya dengan khasiat protein, serat, glukosa, vitamin A&C, sodium serta potassium.

- Kurma membantu proses pembesaran, merangsang minda kanak-kanak serta perkembangan otak bayi.

- Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat.

- Kesan Antioksida adalah diperolehi daripada kandungan polyphenois yang tinggi seperti flavanoids.

- Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan.

- koko melambatkan proses penuaan.


Wakil pengedar di perlukan di seluruh negeri.. Selepas produk MILO di boikot, permintaan Tamar Cocoa melonjak sehingga 200%.. Sebarang tempahan/pertanyaan, sila sms/whatsapp saya di talian 012-4219244 (FIZA)


Jodoh & Rezeki Cepat VS Jodoh & Rezeki Lambat


Hari ni nak bagi kaunseling sikit. Jodoh & Rezeki Cepat VS Jodoh & Rezeki Lambat.

Kenapa saya suka bagi kaunseling? Adakah saya bagus? Adakah hidup saya sempurna?

Kalau anda kata saya bagus. SALAH. Saya memang tak sebagus yang anda rasa. Kenapa? Yelah, saya tahulah diri saya...lebih dari apa yang orang nampak tentang diri saya. (ok faham tak ayat tu? Hehe...)

Kalau anda kata hidup saya sempurna. Pon SALAH. Sebab, anak raja pun tak rasa diri dia sempurna, inikan pulak kita golongan rakyat jelata. Nabi Muhammad pun tak kata baginda adalah manusia yang sempurna. So, siapalah kita nak kata diri sendiri atau diri orang lain lebih sempurna.

Tujuan aku suka berkaunseling adalah sebab aku suka healkan 'luka' orang. Sebab aku pon pernah mengalami situasi 'luka dan dilukai'. Eceh! Macam tajuk lagu pulak. Mihmihmih....Lagipun, bila kita berkongsi tips, ia akan memberi manfaat kepada orang lain dan mungkin juga panduan untuk kita di masa depan. Yelah, siapa tahu sekarang kita senyum, orang lain menangis.. Entah esok lusa, kita pulak rasa saat menangis tu. So, bila kita ingatkan tips-tips ni, kita boleh 'heal'kan luka sendiri.

Ok back to tajuk asal yang aku nak kongsi. Jodoh & Rezeki Cepat VS Jodoh & Rezeki Lambat.


"Heshhh! Kenapa jodoh aku lambat sangat eh? Umur da masuk 26 da ni! Kawan-kawan semua dah beranak pinak dah. Apa nak jadi dengan aku ni?"

Masa tu aku rasa macam down sangat. Kenapalah nasib aku tidak sebaik orang lain. Yang berkahwin awal, punyai anak awal. At last, aku sedar bahawa sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan dari Allah S.W.T. Siapa kita untuk question tentang perkara-perkara yang melibatkan jodoh, rezeki, ajal dan maut diri sendiri atau orang lain?

Dan kebiasaannya orang-orang kat luar sana selalu tanya soalan macam ni...

~Kalau belum jumpa jodoh~
"Kau ni memilih sangat ke? Kenapa tak jumpa-jumpa lagi calon suami/isteri? Kau nak tunggu jadi 'season' ke baru nak kawen?"

~Kalau dah berkahwin~
"Kau ni tak beranak-anak, kahwinnya dah lama. Kau merancang ke apa ni?"

Atau....

~Kalau belum jumpa jodoh~
"Bila nak kahwin? Anak aku dah nak masuk setahun ni. Kau tu masih membujang lagi."

~Kalau dah berkahwin~
"Baru sorang jer anak kau? Bila nak tambah lagi? Anak aku nak masuk tiga dah ni."

Atau....

~Kalau belum jumpa jodoh~
"Kau kahwin lambat-lambat ni, nanti da berumur susah nak beranak tau!"

~Kalau dah berkahwin~
"Umur dah 35, anak kau baru seorang? Kalau kau tak percaya cakap aku...kau tengokla lagi 2,3 tahun, confirm kau susah nak beranak lagi. Baik ko beranak banyak-banyak sekarang"


Kadang-kadang kita rasa macam nak cakap....

"Woi korang! Kalaulah aku tau apa yang Tuhan dah takdirkan untuk aku, aku pun takkan biarkan diri aku single/takde anak sampai ke hari ni."

Atau nak saja kita cakap....

"Adakah korang boleh ramal masa depan aku, setepat perancangan Tuhan aturkan perjalanan hidup aku?"

Atau kalau boleh kita nak kata....

"Adakah korang yakin bahawa aku akan susah untuk dapat anak sekiranya aku kawen lambat? Jodoh pertemuan, ajal maut, Rezeki dan rahmat itu kan kat tangan Tuhan. Siapa korang untuk menghakimi nasib aku?"


Atau paling tidak pun dapat lepaskan geram macam ni....


"Sejauh mana korang sure, dapat anak awal/ramai akan menjamin masa depan yang cerah? Korang tahu ke anak itu akan sihat sepanjang masa? Atau korang pasti ke anak korang tu akan jadi orang yang berguna bila besar nanti?

Yelah, kita ni bukanlah nak mendoakan ye tak? Bukan jugak untuk menyinggung perasaan sesiapa. Tapi cuba kita fikirkan perasaan orang yang kita perli dan soal bertubi-tubi itu.  

Mereka yang berkahwin awal, punyai zuriat awal/ramai, bolehlah sesuka hati cakap macam tu sebab mereka rasa mereka lebih sempurna sebab dijodohkan awal, diberi rezeki zuriat awal dengan pasangan masing-masing. Tapi kita kena ingat: 

1. Tuhan TIDAK janjikan pada manusia, sekiranya jodoh dia cepat, dia juga akan cepat dapat zuriat

2. Tuhan pun TIDAK janjikan sekiranya dia kahwin awal, dia dapat zuriat awal, tapi jodoh dia akan berkekalan sehingga akhir hayat

3. Tuhan TIDAK pernah menjanjikan seseorang itu kahwin lewat, maka segala-gala rezeki untuk dia akan jadi lewat dan tertangguh atau mungkin tak kesampaian langsung.

Hormatilah orang yang sedang bersabar dengan ujian Tuhan. Jangan kita tanya dia dengan bermacam-macam soalan yang lebih membuatkan dia stress seterusnya dia akan hilang pertimbangan waras akal dan buat benda yang bukan-bukan. Atau paling tidak, buat dia tidak percaya dengan takdir Tuhan. Nanti kita akan sama-sama share dosa tu. 

Bercakap atau perli orang itu memang mudah. Kerana kita nampak nasib kita jauh lebih baik dari nasib dia. Itu yang kita nampak. Adakah kita tau apa yang dah Tuhan aturkan untuk dia di masa depan? Entah-entah, dia dapat pasangan yang jauh lebih baik dari kita. Anak dia lebih ramai dari anak kita. Anak-anak dia lebih cemerlang dari anak-anak kita. Rezeki dia jauh lebih murah dari rezeki kita. Walaupun dia kahwin lambat. 

So, mulai hari ini jom kita sama-sama prevent mulut kita dari bertanyakan soalan-soalan macam tu pada orang lain. Especially pada orang yang masih bujang atau yang masih belum dikurniakan anak. Hormati perasaan mereka. Bagi aku, orang-orang dari golongan macam ni, aku anggap sebagai golongan-golongan yangSANGAT TABAH dalam menerima Qada' dan Qadar Tuhan. Dikala orang lain bergelak ketawa bersama suami dan anak-anak, mereka masih kuat untuk melawan rasa sunyi tanpa suami dan anak-anak.  

Siapa di dunia ini mahukan rasa sunyi? Semua orang tak mahu. Tapi kalau dah Tuhan aturkan untuk dia macam tu, siapa kita untuk menghakimi takdir tersebut? Dan kita jangan lupa, entah-entah di masa depan, mereka jauh lebih bahagia dari kita. 

Peace yaww!