Salam Takziah.. Pray For MH370

Assalamualaikum..
Pagi selasa yang dingin dan suram..
1 dunia kini sedih dengan berita kehilangan MH370.
Setelah 17hari menjadi tanda tanya, kini terjawab sudah misteri kehilangan pesawat tersebut.



Berita yang di sampaikan amat dukacita dan menyedihkan bagi semua rakyat Malaysia. 
Namun, kita sebagai umat islam harus percaya & yakini dengan Qada' dan Qadar Allah S.W. T.
Dia Maha Berkuasa & Maha Mengetahui segala yang berlaku.

Jangan putus harapan & sentiasa berdoa buat  mereka. Salam takziah dari saya buat ahli keluarga mangsa. Berat mata melihat, berat lagi bahu yang memikul. Saya sebagai rakyat Malaysia, sebagai umat islam turut bersedih di atas kejadian yang berlaku. Segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. 


Dengan itu marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah buat semua mangsa yang terlibat.

Dari-Nya kita datang, dan kepada-Nya kita pulang. Allahuakbar!


MH370..penerbanganmu kami iringi dengan doa..
Dengan harapan kau akan turun membawa berita gembira..
Kami telah dikejutkan dengan suara yang mengatakan bahawa kamu hilang..
Hingga kami tertanya tanya dimana kamu melayang.
MH370..kami menanti dengan penuh hiba..
Kami menunggu untuk berita gembira..
Pelbagai cara kami lakukan untuk mengesanmu di seluruh dunia..
Namun kau hilang tiada khabar berita.
MH370..setiap hari kami berdoa..
Menunggu dan masih menuggu kau kunjung tiba..
Kami memandang ke awan, dan kami melihat di lautan..
Namun bayangmu tidak kelihatan.
MH370..setiap waktu kami berdoa..
Supaya kamu diketemui dengan jayanya..
Namun setiap saat dan detik semakin hiba..
Bila khabarmu tak kunjung jelma.
MH370..anak menanti ibu bapanya..
Ayah ibu menanti anak menantu cucunya..
Isteri menanti akan suaminya..
Namun kau tetap tiada berita.
MH370..hari ini dunia kami merasa kelam..
Bila dikhabarkan kamu sebenarnya tenggelam..
Airmata kami berjujuran tiada berhenti..
Mengenangkan penantian dan pencarian serta doa kami selam ini.
MH370..doa kami untuk kamu semua..
Kerna itulah takdirmu didunia..
Semoga syurga tempat semua..
Akan kami iringi kamu dengan doa
Alfatihah...
‪#‎prayformh370‬...



# sedikit sebanyak benda yang berlaku adalah untuk memperingati kita bahawa dunia ini tidak kekal abadi. Tiada apa yang boleh menandingi kuasa Allah yang Satu. Allah tidak akan menguji seseorang hambanya melainkan dia mampu hadapinya.. Semoga kita semua sentiasa di lundungi dan di rahmati oleh Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Al-Amin.. 

No comments:

Post a Comment