Kalau tak suka, Jangan bagi harapan palsu

Hello peeps,


Pernah tak dalam situasi cinta bertepuk sebelah tangan? Apa yang korang akan rasa bila korang yang berada dalam situasi begini? cer cite.. :) Bagi Jat, kalau tahu seseorang itu memang suka kat kita tapi kita tak suka kat dia, seeloknya berterus terang.. Bukannya memberi harapan dengan kononnya kita mengambil berat terhadap dia.. So far, Jat tengok, ramai juga yang ada perasaan pada seseorang tapi tak di balas but at the same time, diberi harapan..

Yang 'memberi' harapan tu selalu tak sedar 'TERberi' harapan pada orang yang memang ada perasaan pada dia dan mengharap cinta terbalas..

Situasi macam ni lah yang seolah 'Memberi' harapan...begini..

Alasan " Saya Tak Ready"

Kalau dah rasa takde perasaan langsung kat orang tu, berterus terang saja lah. Selalunya orang akan kata 'tak ready' tapi tahukah anda bahawa alasan "saya tak ready" tu masih penuh dengan harapan bahawa anda akan menerima dia suatu hari nanti. " Saya tak ready" tu maksud bukan kau tak boleh balas cinta dia atau tak suka dia cuma kau perlukan masa sikit lagi untuk ada commitment. Kalau ye pun begitu, tiba-tiba kau couple dengan orang lain. So sepanjang  budak tu beriya tunggu kau di dalam masa kau tak ready tu, macam mana?

Cara Layan

Kalau tak boleh anggap dia sebagai someone special dan hanya nak berkawan tapi cara layanan over-caring. Membuatkan si dia yang memang ada hati kat kau tu hati lebih berbunga-bunga lah. Bukan tak boleh caring tapi janganlah buat orang tu lebih perasan dan masih berharap. Make it short dan simple sudah la. Asalkan kita tak memberi harapan yang end up akan pecahkan hati orang. Betul tak? Walaupon dalam hati masih ada cebisan berharap tapi kalau kau layan dia macam kawan-kawan dia yang lain, tentu lama-lama dia pun berubah hati dan malas nak hope.

Terima hadiah / pemberian dari dia

Kalau tak suka, tapi kenapa tiap kali diberi hadiah/sesuatu selalu terima dengan tangan terbuka? Bagi Jat, lebih baik jangan terima sebab nanti terhutang budi dan secara tiak langsung memberi harapan. Mungkin lah dengan beri hadiah tu semua untuk memujuk supaya balas cinta dia. So, jangan lah terima. Orang kata rezeki jangan di tolak tapi kalau orang disana terus mengharap? Tak ke kecewa kan dia? dan aniaya tu. Lebih baik tolak dan kata "saya taknak terhutang budi" tapi kalau dia respon "eh takde la, saya taknak balasan apa-apa pun. Memang ikhlas nak bagi," means itu memang rezeki. Hehe.

Kongsi masalah

Kau dah tahu si dia tu suka kat kau dan mengharap kan? Bila kau luahkan dan kongsi masalah dengan dia, lagi lah dia rasa macam kau perlukan dia. Lagilah dia rasa, ada harapan dan sentiasa korban masa untuk dengar masalah kau dan akan hope kau nampak semangat dia dan sentiasa ada bila kau perlukan dia. Bila kau luahkan masalah pada dia, dia akan rasa kau anggap dia macam tulang belakang kau dan tempat untuk berdiri.  Dia lah tempat kau bergantung. Bila kau ada masalah je, kau minta pertolongan dari dia, maka dia akan berharap terus.

Last point.


Kalau dah tahu dia memang suka gila kat kau, kau pergi buat muka paling cute sambil pandang dia. Lagilah dia tak boleh lupa dan ingat kau pandang dia sebab suka kat dia. Lagi parah lah dia gila bayang dan asyik senyum sorang-sorang sampai tak boleh tidur. Buat buat taktau ja, muka blur pon takpe asal jangan buat dia lebih perasan dan mengharap.

Bye.

No comments:

Post a Comment