Cara Menenangkan Hati Dalam Masa 30 Saat

Setiap hari pasti masing-masing akan melalui dugaan yang tersendiri kan.. Sehingga ada yang merasakan dirinya tidak ada masa untuk menenangkan hati atau perasaan mereka walaupon sekejap. Tetapi ia sebenarnya hanya boleh dilakukan dalam masa 30 saat. Jom saya kongsikan bersama anda... !!




1) Tarik nafas dalam-dalam
- 70% sisa yang berada di dalam tubuh berjaya dihapuskan apabila anda bernafas dalam-dalam. Anda boleh cuba melakukannya dengan meletakkan tangan pada bahagian perut, dan rasakan ia naik dan turun pada setiap kitaran nafas. Dalam masa 30 saat, ia dapat membantu untuk lebih menenangkan hati anda.


2) Ikrar atau azam
- Sekiranya anda berada didalam dilema atau kerisauan mengenai sesuatu masalah, tanamkan azam yang mampu anda lakukan untuk berusaha mengatasi masalah tersebut. Cara ini bukan sahaja akan tenangkan hati anda, malah ia akan lebih memberi keyakinan untuk anda menempuh masalah yang sedang dihadapi dengan kadar segera.

3) Regangkan badan
- Sekiranya anda berada dalam keadaan tekanan, lakukan sedikit regangan untuk mengurangkannya..



4) Senyuman
- Hanya dengan senyuman ia mampu membebaskan tekanan dan ketegangan otot pada wajah anda. Selain itu, ia bukan sahaja menenangkan hati anda sahaja, malah turut menenangkan orang lain apabila melihat anda. ^_^...senyum...x perlu kata apa-apa...

5) Minum air
- Kandungan air di dalam otak kita adalah kira-kira 75%, ia juga adalah tempat paling mudah untuk kekurangan air. Otak kita memerlukan air untuk berfikiran lebih jelas. So bila kita dapat berfikir sesuatu itu dengan lebih jelas, hati kita juga lebih tenang.

6) Pejam mata
- Pejam mata sebentar dan fikirkan atau imbau kembali saat2 manis yang boleh menenangkan hati kita. Sebagai contoh, percutian yang menarik bersama keluarga, kawan-kawan atau sebagainya.

7) Mendengar lagu
- Memang tak dinafikan, lagu amat memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi emosi seseorang. Pilih la lagu yang sesuai dengan emosi kita untuk hati yang lebih relaxxx.....

8) Termenung sebentar
- Mungkin ramai yang tak tahu bahawa termenung sebentar tidak memberikan apa-apa manfaat didalam kehidupan. Tetapi, ia sebenarnya dapat menenangkan hati seseorang. Sekiranya anda berada dalam kerunsingan, tiada masalah untuk termenung sebentar tetapi jangan terlalu mengikut perasaan.


No comments:

Post a Comment